Renungan Harian 1 Feb 2019




Sumber: Daily Devotional Joseph Prince


Ester 2:15 (ATBI)

"Ketika Ester--anak Abihail, yakni saudara ayah Mordekhai yang mengangkat Ester sebagai anak--mendapat giliran untuk masuk menghadap raja, maka ia tidak menghendaki sesuatu apapun selain dari pada yang dianjurkan oleh Hegai, sida-sida raja, penjaga para perempuan. Maka Ester dapat menimbulkan kasih sayang  pada semua orang yang melihat dia." 



 "Bagaimana Ester Memperolehi Perkenaan"

Apabila anda mengetahui anda amat diberkati, amat berkenaan dan dikasihi dengan dalam, anda tidak perlu bergantung kepada usaha diri sendiri. Lihat cerita Ester, contohnya. Ketika Raja Ahasyweros mencari ratu baru, kesemua wanita tercantik di negaranya dibawa masuk ke istana. Mereka diberi peluang untuk mendandan diri dengan apa saja sebelum dibawa menghadap raja. Tetapi apabila giliran Esther sampai, dia "tidak menghendaki sesuatu apapun selain dari pada yang dianjurkan oleh Hegai, sida-sida raja, penjaga para perempuan." Dan lihat apa yang terjadi: "Ester menimbulkan kasih sayang  pada semua orang yang melihat dia," dan raja " mengasihi Ester lebih daripada semua wanita lain, dan dia memperolehi anugerah dan perkenaan di matanya lebih dari perawan yang lain; jadi dia mengenakan mahkota diraja pada kepalanya dan menjadikannya ratu." (Esther 2:17)

Ketika wanita lain mengambil pakaian, haruman dan aksesori terbaik untuk mencantikkan diri mereka, Ester tidak bergantung kepada usahanya sendiri tetapi  bergantung kepada Hegai,  sida-sida raja yang menjaga mereka. Jelas kelihatan kebijaksanaan dan kerendahan hati yang besar dalam keputusannya. Bolehkah anda melihat kecantikan Ester? Dia tidak percaya pada usahanya. Ketika wanita lain bertanding sesama sendiri dengan usaha mereka, Ester dengan bijak bergantung kepada seseorang yang lebih arif akan kegemaran raja, dan keputusannya menunjukkan siapa yang membuat pilihan terbaik.

Insiden ini menunjukkan kepada kita bahawa Ester telah bergantung sepenuhnya kepada pertolongan Tuhan yang tidak dapat diperolehi secara merit. (Apabila anda bergantung sepenuhnya kepada pertolongan tidak bersyarat Tuhan, anda mempercayai-Nya dan berada dalam posisi rehat.) Ester tidak perlu bersusah payah. Apabila dia berehat dalam Tuhan dan merendahkan dirinya, Tuhan mengangkat dia dan meninggikannya di atas wanita lain. Tuhan merendahkan yang angkuh dan memberikan pertolongan tanpa syarat-Nya kepada yang rendah hati (1 Peter 5:5). Apabila anda merendahkan diri dan berhenti mencuba mengangkat diri sendiri, dan bergantung kepada Yesus sahaja, Tuhan sendiri akan menjadi batu lonjakan anda. Seperti Ester, anda akan tampil menonjol di tengah-tengah orang ramai dan memeperolehi anugerah dan perkenaan Tuhan dan manusia.

Tahukah anda mengapa cerita Ester amatlah penting? Baca cerita penuh Kitab Ester. Kerana Ester dinaikkan menjadi ratu, dia memiliki posisi untuk mampu membantu semua orang Yahudi dalam kerajaan itu daripada dibunuh. Apabila Tuhan memberkati anda, Dia akan memberikan anda pengaruh untuk menjadi berkat kepada orang di sekeliling anda. Tidak ada kebetulan, cuma insiden-Tuhan. Tuhan akan memberkati anda untuk menjadi berkat!

TUHAN MEMBERKATI! 

                                                                   

Comments

Popular posts from this blog

Renungan Harian 17 Mac 2019

Renungan Harian 4 Feb 2019