Renungan Harian 17 Mac 2019




Sumber: Daily Devotional Joseph Prince


1 Petrus 5:8 (ATBI)

"Sadarlah dan berjaga-jagalah! Lawanmu, si Iblis, berjalan keliling sama seperti singa yang mengaum-aum dan mencari orang yang dapat ditelannya."



 "Singa yang Mengaum"

Daripada petikan Alkitab di atas, iblis rupanya tidak mampu membaham semua orang. Janganlah anda memberikan autoriti anda kepada iblis dan menjadi makanannya!Adakah anda turut menyedari bahawa seperti yang dikatakan petikan itu, iblis berkeliaran seperti "singa yang mengaum". Saya bertanya kepada Tuhan mengapa iblis mengambil bentuk seperti singa dan bukan haiwan lain. Tuhan membawa saya kepada Amsal 19:12 (kemarahan raja adalah seperti ngauman singa, boldface mine). Iblis ialah penyamar yang cuba menyamar seperti Raja segala Raja, Tuhan Yesus kita, singa sebenar Yehuda. Iblis ingin menipu kita untuk percaya bahawa Raja kita penuh kemurkaan dan kemarahan terhadap kita. Dia mengaum kearah kita dengan suara penghakiman, penuduhan dan rasa malu.

Syaitan ingin kita berasa kita gagal di mata Tuhan, bahawa Dia kecewa dengan kita, dan sangat marah terhadap kita. Kalau anda percaya akan itu, sudah pastilah anda akan lari daripada perlindungan Tuhan! Orang Kristian yang diselubungi awan kutukan tidak akan berdoa Mazmur 91, iaitu doa perlindungan. Mereka rasa cuma layak menerima penghukuman dan kutukan Tuhan. Inilah kedudukan yang iblis inginkan untuk anda. Apabila anda lari daripada Tuhan, anda berlari terus kepada perangkap iblis. Anda meninggalkan tempat autoriti apabila anda meninggalkan tempat keintiman dengan Tuhan.

Yang dikasihi Tuhan, ketahuilah bahawa anda dikasihi. Tuhan tidak marah sama sekali terhadap anda. Dalam Kristus, anda boleh yakin sepenuhnya yang anda sudah diampuni, dikasihi dan dibenarkan (Ef. 1:7, Rom 8:37, Kor 5:21). Yesus telah menanggung penghukuman anda di kayu salib supaya anda boleh menikmati pertolongan-Nya yang tidak didapati melalui kelayakan/usaha/merit. Tuhan melihat anda dalam Kristus; tidak bercela dan tanpa dosa.

Usaha tidak mampu melayakkan kita untuk dilindungi-Nya. Tetapi kerana pengorbanan Yesus, kita boleh datang dengan keberanian ke takhta anugerah-Nya (Ibr 4:16). Kini kita boleh berdiam di tempat rahsia Tuhan dimana "singa yang mengaum" itu tidak berkuasa ke atas kita.

TUHAN MEMBERKATI! 

                                                                   

Comments

Popular posts from this blog

Renungan Harian 1 Feb 2019

Renungan Harian 4 Feb 2019