Renungan Harian 4 Feb 2019
Sumber: Daily Devotional Joseph Prince
Lukas 23:34 (ATBI)
"Yesus berkata: :" Ya Bapa, ampunilah mereka, sebab mereka tidak tahu apa yang mereka perbuat..."
"Yesus, Kota Perlindungan Anda"
Ada ajaran tentang kota-kota perlindungan daripada Perjanjian Lama yang saya pasti akan membuatkan anda ingin menjadikan Tuhan sebagai tempat perlindungan dan pelindung dan lari kepada-Nya.
Tuhan memberitahu Yosua bahawa apabila anak-anak Israel memasuki Kanaan, 6 kota perlindungan harus didirikan. Dahulu, sekiranya seseorang secara tidak sengaja membunuh orang lain, saudara terdekat mangsa boleh membalas dendam. Tetapi, oleh belas kasihan-Nya, Tuhan menetapkan 6 kota perlindungan dan berkata, "Supaya siapa yang membunuh seseorang dengan tidak sengaja, dengan tidak ada niat lebih dahulu, dapat melarikan diri ke sana, sehingga kota-kota itu menjadi tempat perlindungan bagimu terhadap penuntut tebusan darah (Yosua 20:3, ATBI)."
6 kota perlindungan ini sebenarnya merupakan gambaran indah Tuhan Yesus kita, tersembunyi untuk dirungkaikan. Ia adalah bayang-bayang yang mengarahkan kepada isi yang sebenar-- Tuhan dan Juruselamat kita, Yesus Kristus. Dalam Perjanjian Lama, Dia disembunyikan. Dalam perjanjian lama, Dia diperlihatkan.
Di atas kayu salib, Tuhan Yesus meletakkan semua dosa kita, termasuk dosa menyalibkan dia, di bawah kategori "tidak disengajakan" apabila Dia berdoa, "Ya Bapa, ampunilah mereka, sebab mereka tidak tahu apa yang mereka perbuat" (Lukas 23:34, ATBI). Dia tidak cuma merujuk kepada orang Israel dan Roma; tetapi juga semua dosa yang menyalibkan Yesus di atas kayu salib. Dia memilih paku salib dan menawarkan kita pengampunan sepenuhnya. Dapatkah anda melihat betapa baik dan penuh belas kasihan Tuhan kita?
Hari ini, sekiranya anda berseru kepada Yesus, anda layak untuk lari kepadanya dan mengambilnya sebagai kota perlindungan anda. Di dalam dia apabila seseorang yang berdendam (gambaran si iblis) kepada anda tidak lagi berkuasa atas anda. Sahabatku, kita semua orang berdosa dan iblis memiliki hak sah untuk meletakkan hukuman mati ke atas kepada anda kerana dosa-dosa anda. Tetapi berita baik yang dibawa Injil adalah Yesus mengambil hukuman mati itu di atas kayu salib, dan dalam Dia kita boleh menerima pengampunan dan perlindungan-Nya. Haleluyah!

TUHAN MEMBERKATI!
Comments
Post a Comment