Renungan Harian 15/01/2019




Sumber: Daily Devotional Joseph Prince


Ibrani 8:12 (ATBI)

"Sebab Aku akan menaruh belas kasihan terhadap kesalahan mereka dan tidak lagi mengingat dosa-dosa mereka."





 Tuhan TIDAK LAGI mengingati dosa-dosa anda!

Sahabatku, mampukah anda percaya pada hari ini bahawa Tuhan tidak lagi mengingati dosa-dosa anda? Ini adalah kebenaran yang pemikiran terbatas manusiawi kita bergelut ataupun sukar untuk memahami. 

Bagaimana mungkin Tuhan yang maha berkuasa, maha mengetahui, dan maha hadir tidak mengingati dosa-dosa kita? Seharusnya, Tuhan yang sesungguhnya berkuasa, arif akan segala sesuatu dan boleh hadir di mana-mana sahaja mampu mengingati setiap butir-butir dosa yang telah kita lakukan. Tetapi, bukan itu yang dikatakan Alkitab. Tuhan mengisytiharkan,"sebab Aku akan menaruh belas kasihan terhadap kesalahan mereka dan tidak lagi mengingat dosa-dosa mereka." Saya percaya ramai anak-anak Tuhan yang takut untuk mendekat kepada-Nya hari ini dan menerima apa yang mereka perlukan daripada-Nya kerana mereka tidak percaya yang Tuhan benar-benar tidak lagi mengingati dosa-dosa mereka.

Sahabatku, percayailah apa yang dikatakan oleh Tuhan, bahawa melalui berkat daripada pengorbanan Yesus, Tuhan sesungguhnya tidak lagi mengingati dosa-dosa anda! Mula hidup tanpa awan rasa bersalah, rasa malu, kutukan dan penghakiman menyelubungi langit di atas kepala anda! Berdirilah tanpa segan dan benar dalam Yesus dan jangkakanlah untuk menerima yang terbaik daripada-Nya!



TUHAN MEMBERKATI! 

                                                                   

Comments

Popular posts from this blog

Renungan Harian 17 Mac 2019

Renungan Harian 1 Feb 2019

Renungan Harian 4 Feb 2019