Renungan Harian 16 Jan 2019




Sumber: Daily Devotional Joseph Prince


Kejadian 45:10-11 (ATBI)

"Engkau akan tinggal di tanah Gosyen dan akan dekat kepadaku, engkau serta anak dan cucumu, kambing domba dan lembu sapimu dan segala milikmu. Di sanalah aku memelihara engkau--sebab kelaparan ini masih ada lima tahun lagi--supaya engkau jangan jatuh miskin bersama seisi rumahmu dan semua orang yang ikut serta dengan engkau."







 Menginginkan Keintiman Rohani

"Tempat rahsia" berbicara tentang sebuah tempat dalam Kristus, tetapi ia juga berbicara tentang keintiman. Untuk berada "di bawah bayang-bayang yang Maha Berkuasa" adalah bermaksud untuk menjadi dekat dengan-Nya. Ada suatu ketika saya pergi melawat ke Israel bersama pastor-pastor saya dan bahang matahari adalah sangat panas terik. Apabila kami berada di luar, sama ada di Gunung Beautitudes ataupun di Kapernaum, kami selalu  berharap dapat berteduh di bawah bayang-bayang pokok. Perbezaan dalam suhu apabila kami berada di bawah perlindungan menyejukkan pokok adalah seperti malam dan siang, jauh berbeza. Di luar, kami tidak tahan di bawah bahang terik matahari. Tetapi di bawah bayang-bayang pokok, kami dapat duduk berjam-jam, menikmati masa yang menyegarkan semasa kami bertukar-tukar pendapat tentang apa yang dikatakan Tuhan.  

Saudara-saudari yang saya kasihi dalam Tuhan, berada di bawah bayang-bayang yang Maha Berkuasa berbicara tentang kedekatan, keintiman, dan perlindungan. Ia berbicara tentang sebuah tempat yang menyegarkan, kenyamanan dan istirehat. Apabila Mazmur 91 bercakap pasal berdiam di dalam "tempat rahsia" yang Maha Berkuasa, tempat itu bukanlah berada di mana-mana, tetapi keintiman rohani dengan Tuhan Yesus kita. Dalam cara yang sama, doa perlindungan bukanlah jampi atau bacaan magik yang akan memberikan anda perlindungan. Ia adalah anda menghargai posisi anda dalam Yesus dan perhubungan intim anda dengan-Nya, dan ditemukan dalam tempat rahsia itu dengan-Nya.  

Kini, dalam lebih dari sedekad, saya telah mengajar gereja saya untuk mengisytiharkan Mazmur 91 ke atas diri mereka dan orang yang mereka kasihi dan untuk menjadi peka dan sedar akan perhubungan yang kita miliki sebagai orang percaya dengan Tuhan Yesus kita. Beberapa tahun yang lalu, saya menerima sebuah kesaksian daripada seorang ahli perniagaan (lelaki). Dia telah pergi untuk urusan perniagaaan dan menginap di Hotel Mariott di Jakarta, Indonesia. Ketika dia berada di lobi hotel tersebut, sebuah bom diletupkan betul-betul di luar dan ia sampai menembusi dinding lobi. Letupan itu sangat kuat sehingga dia melihat tubuh terbuang terbang di hadapannya. Setelah debu tidak lagi mengaburi penglihatan, dia menyedari bahawa walaupun  bajunya direnjisi darah, dan sampah sarap bertaburan di sekelilingnya, dia selamat tanpa sebarang kecederaan. Apa yang menghairankan, dia telah melangkah di belakang sebuah tiang pada masa bom itu meletup, dan tiang itu telah melindungi dia daripada impak langsung letupan itu.

Cuba fikirkan apa yang boleh saja berlaku sekiranya saudara tersebut tidak sampai ke tiang itu tepat pada saat bom itu meletup. Segala pujian dan kemuliaan kepada Tuhan Yesus kita yang menjaga anak-anakNya tanpa dihalangi jarak atau apapun!




Tajuk musik video: Still/ tenang
Artis: Hillsong

TUHAN MEMBERKATI! 

                                                                   

Comments

Popular posts from this blog

Renungan Harian 17 Mac 2019

Renungan Harian 1 Feb 2019

Renungan Harian 4 Feb 2019