Renungan Harian 17 Jan 2019
Sumber: Daily Devotional Joseph Prince
Ibrani 12:2 (ATBI)
"Marilah kita melakukannya dengan mata yang tertuju kepada Yesus, yang memimpin kita dalam iman, dan yang membawa iman kita itu kepada kesempurnaan, yang dengan mengabaikan kehinaan tekun memikul salib ganti sukacita yang disediakan bagi Dia, yang sekarang duduk di sebelah kanan takhta Allah"
"Kunci Kepada Iman"
Sebagai manusia, bukan saja kita memiliki kecenderungan buruk untuk selalu meletakkan fokus kita kepada setiap cela baik dalam keperibadian fizikal mahupun mental kita, tetapi kita juga cenderung untuk mengambil tahu, mengingati, dan membiarkan dosa-dosa, kegagalan-kegagalan, dan kesilapan-kesilapan yang kita telah lakukan untuk bermain-main dalam minda kita. Kita mengutuki diri kita walau hanya kerana cela-cela diri yang terkecil sedangkan kita sepatutnya meletakkan fokus kita kepada bagaimana Tuhan sesungguhnya melihat kita --sempurna dalam Kristus.
Kerana inilah hanya melalui iman sahaja anda dapat percaya bahawa Tuhan melihat anda orang yang benar. Hanya melalui iman anda akan dapat percaya bahawa Dia tidak melihat anda dalam dosa anda, bahawa Dia dia tidak mencari dosa atau kezaliman dalam diri anda. Iman membolehkan anda untuk mempercayai apa yang dimaksudkan-Nya apabila Dia mengatakan "sebab Aku akan menaruh belas kasihan terhadap kesalahan mereka dan tidak lagi mengingat dosa-dosa mereka" (Ibrani 8:12 ATBI). Iman diperlukan untuk percaya bahawa Tuhan tidak akan mengingati kegagalan-kegagalan dan kesilapan-kesilapan anda!
Tetapi Pastor Prince, dosa-dosa saya benar-benar ada dekat di hadapan saya. Bagaimana mungkin saya mampu beriman bahawa Tuhan tidak melihat mereka?
Sahabatku, kunci kepada iman adalah dengan melihat kepada sumber iman-- Yesus. Seperti yang dikatakan Alkitab, "Marilah kita melakukannya dengan mata yang tertuju kepada Yesus, yang memimpin kita dalam iman, dan yang membawa iman kita itu kepada kesempurnaan" (Ibr 12:2 ATBI). Iman anda untuk mampu mempercayai ada pada Yesus! Amplified Bible mengatakannya seperti ini: "Berpaling [daripada semua yang menghindarkan tumpuan] kepada Yesus, yakni Pemimpin dan Sumber iman kita [memberikan insentif pertama untuk kepercayaan kita] dan Dia jugalah Pelengkap [membawanya kepada kematangan dan kesempurnaan].
Dalam kata lain, berpalinglah daripada cela-cela, segala ketidaksempurnaan, kegagalan-kegagalan, dan kesilapan-kesilapan, dan tetapkan mata anda kepada Yesus. Apabila anda melihat Yesus dan pekerjaan-Nya yang sudah selesai, iman akan bertambah dalam hati anda untuk percaya bahawa semua dosa anda sesungguhnya sudah diampuni. Anda boleh bermula dengan batu loh (bahan untuk menulis sesuatu, berfungsi seperti kertas) yang baru dan memiliki permulaan yang baharu dalam Kristus. Yang lama telah berlalu, dan yang baru telah datang!

Tajuk muzik video: Forgiven/Telah Diampuni
Lagu: New Creation Church Worship
TUHAN MEMBERKATI!
Comments
Post a Comment