Renungan Harian 18 Jan 2019
Sumber: Daily Devotional Joseph Prince
Lukas 24:32 (ATBI)
"Kata mereka seorang kepada yang lain: "Bukankah hati kita berkobar-kobar, ketika Ia berbicara dengan kita di tengah jalan dan ketika Ia menerangkan Kitab Suci kepada kita?"
"Nyalakan Hatimu"
Apabila Alkitab dibukakan kepada anda dan hal-hal berkaitan Yesus dirungkaikan, hati anda akan berkobar-kobar dan manyala dalam anda seperti yang berlaku dalam dua murid yang berada di jalan menuju ke Emmaus.
Jangan lupa apa yang dilakukan Yesus apabila Dia mendengarkan kepercayaan salah dan perbincangan mereka tentang kekalahan: "Lalu Ia menjelaskan kepada mereka apa yang tertulis tentang Dia dalam seluruh Kitab Suci, mulai dari kitab-kitab Musa dan segala kitab nabi-nabi" (Lukas 24:27 ATBI). Dalam kata lain, permulaan lima buku Musa (Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan, dan Ulangan, kelima-lima membentuk Taurat), Yesus menjelaskannya dengan terperinci semua hal berkenaan diri-Nya. Kemudian Dia meneruskan lagi dengan menyatakan diri-Nya dalam buku-buku nabi, seperti Samuel, Raja-raja, Yesaya dan Yeremiah.
Pada hari pertama kebangkitan Yesus, Dia menjadikan penerangannya kepada dua murid dalam Lukas 24:32 sebagai contoh kepada bagaimana kita seharusnya membaca dan mempelajari Alktab hari ini. Dia tidak ingin kita untuk mendekati Firman-Nya (terutamanya Perjanjian Lama) untuk mengetahui apa yang kita perlukan dan pergi dengan bebanan hukum-hukum daripada Taurat. Sesungguhnya tidak! Yesus ingin kita membuka Alkitab untuk melihat-Nya. Lebih banyak anda melihat-Nya, anda akan lebih bebas daripada apa jua bentuk pekerjaan sendiri (bukan perkerjaan Yesus yang telah selesai) dan ditranformasi daripada kemuliaan kepada kemuliaan.
Saya mengalakkan anda untuk membuka Alkitab dan melihat Yesus dalam setiap topologi dan bayang-bayang dalam Perjanjian Lama. Dalam setiap korban, jamuan dan bahkan Bait Suci dan imam-imam, tersimpan maksud yang menunjuk kepada Yesus. Dalam Perjanjian Baru, lihatlah bagaimana Yesus menyayangi dan mangampuni mereka yang dibenci dunia, seperti wanita yang ditangkap berzina. Lihatlah Dia menyembuhkan yang buta, lumpuh dan semua yang dibelenggu oleh kesakitan dan penyakit. Lihatlah Yesus melipatgandakan bekalan bagi keperluan untuk mereka yang kekurangan. Saya janjikan anda bahawa hati anda akan menyala, tubuh anda akan diperbaharui dan minda anda akan dipenuhi dengan shalom-damai, sukacita dan kebaikan. Sya janjikan anda bahawa dosa, ketagihan-ketagihan, tabiat-tabiat buruk , ketakutan, rasa bersalah, dan kutukan akan tanggal dari kehidupan anda apabila anda menghayati dan dipenuhi peribadi Yesus. Mereka (yang baik dan buruk) tidak akan wujud bersama-sama apabila anda dipenuhi dengan Kristus dan bukannya diri anda sendiri.

Tajuk muzik video: Stronger/ Lebih Kuat
Lagu: New Creation Church Worship
TUHAN MEMBERKATI!
Comments
Post a Comment