Renungan Harian 27 Jan 2018
Sumber: Daily Devotional Joseph Prince
Mazmur 91:4 (NKJV)
"His truth shall be your shield and buckler"
terjemahan BM: Kebenaran-Nya akan menjadi "shield" (perisai) dan "buckler" mu (perisai bulat kecil).

"Dilindungi daripada Setiap Senjata Musuh"
Mazmur 91:4 bermula dengan "Dia akan melingkupi anda dengan bulu-Nya, dan di bawah kepak-Nya kamu akan mendapatkan perlindungan" dan berakhir dengan proklamasi ini "kebenaran-Nya akan menjadi perisai dan perisai bulat kecilmu". Apakah beza kedua-dua perisai ini? Perisai bulat kecil berbentuk kecil dan bulat, digunakan untuk pertarungan jarak dekat. Perisai bersaiz lebih besar boleh dibenamkan ke dalam tanah, melindungi daripada serangan lembing, anak panah, ataupun batu yang dihumban ke arah anda dalam serangan yang lebih besar. Jadi, sama ada anda menghadapi serangan yang besar ataupun kecil, kebenaran-Nya-- Perisai dan perisai bulat kecil-- melindungi anda sepenuhnya!
Dalam Efesus 6:16, ia memberitahu kita bahawa di atas segalanya, kenakan perisai iman untuk memadamkan damak-damak berapi daripada dia yang jahat. Kenapa? Kerana perisai iman akan melindungi anda sepenuhnya. Amen! Kerana itulah iblis berusaha menghancurkan perisai iman anda-- dia ingin anda meragui Firman Tuhan, iaitu kebenaran-Nya. Sekali anda memakai perisai iman, serangannya terhadap anda tidak berkekalan. Oleh itu, angkat tinggi perisai anda!
Para pembaca yang dikasihi, apabila anda mendengarkan mesej-mesej tentang pekerjaan Yesus yang telah selesai dan iman anda dibangunkan, perisai anda juga turut dibangun. Walaupun anda berada di tempat dan masa yang salah, Tuhan boleh melindungi anda apabila perisai iman-Nya mengelilingi anda dan anda diletakkan di bawah bayang kepak-Nya.
Seorang saudara dari gereja kami sedang memandu di lebuh raya dengan keluarganya dan di hadapannya ialah sebuah van yang di atapnya terikat tilam queen-size. Tiba-tiba, tali itu terputus dan katil itu terbaling ke arah kenderaannya. Mereka ingatkan tilam itu pasti akan melanggar cermin depan mereka kerana semuanya berlaku terlalu pantas. Ajaibnya, katil itu jatuh di hadapan kereta mereka, melantun ke sisi dan melanggar kereta lain. Syukur, kereta itu sempat berhenti dan kemalangan tidak berlaku. Untuk saudara daripada gereja kami itu, seolah-olah ada medan daya/force field-- ataupun perisai yang tidak kelihatan-- yang melindungi seluruh keluarganya! Bolehkah anda bayangkan apa yang boleh berlaku sekiranya tilam besar itu berlanggar dengan cermin depan keretanya, yang membawa isteri serta anak-anak kecil mereka di kerusi belakang? Marilah kita mengucap syukur kepada Tuhan, kerana Dia sangat baik dan belas kasihan-Nya untuk selama-lamanya. Sesungguhnya, Dia akan melindungi anda dengan bulu-Nya, dan di bawah kepaknya ialah perlindunganmu.

Tajuk muzik video: It Is Well
Lagu: Bethel
TUHAN MEMBERKATI!
Comments
Post a Comment