Renungan Harian 29 Jan 2019




Sumber: Daily Devotional Joseph Prince


Roma 5:8-9 (ATBI)

"Akan tetapi Allah menunjukkan kasih-Nya kepada kita, oleh karena Kristus telah mati untuk kita, ketika kita masih berdosa. Lebih-lebih, karena kita sekarang telah dibenarkan oleh darah-Nya, kita pasti akan diselamatkan dari murka Allah." 



 "Tuhan Mengasihi Anda dengan Sempurna"

Tuhan ialah Tuhan Pengampunan. Dia mengetahui kita dengan sempurna dan masih mengasihi kita dengan sempurna. Kita adalah hamba kepada idea bahawa seseorang akan berhenti mengasihi kita jika dia mendapat tahu akan cela kita. Ini mungkin benar dalam perhubungan manusiawi, tetapi Tuhan tidak seperti itu.

Tuhan melihat semua ketidaksempurnaan kita, kegagalan dan cela-cela pada Yesus di atas kayu salib. Dosa dan kehodohan kita tidak memalingkan pandangan-Nya daripada kita. Sebaliknya, keadaan seperti inilah peluang untuk-Nya menunjukkan anugerah dan pengampunan-Nya melalui darah Anak-Nya, yang telah menghapuskan dosa-dosa kita dengan jayanya di Kalvari.

Oleh itu janganlah berasa malu tentang cela, kesilapan dan ketidaksempurnaan anda. Tuhan mengetahui kelemahan anda lebih baik daripada kita, dan kasih-Nya tidak berkurangan. Firman-Nya mengingatkan kita bahawa Yesus bukanlah seseorang "yang tidak boleh bersimpati dengan kelemahan kita". Sebaliknya, Yesus telah diuji dalam semua hal, tetapi Dia tetap tidak berdosa (Ibr 4:15). Dia mengerti apa yang kita lalui, Dia tidak kecewa dengan kita dan Dia tidak menunggu sehingga kita menjadi sempurna sebelum dia mengampuni dan mengasihi kita. Menurut Alkitab, "akan tetapi Tuhan menunjukkan kasih-Nya kepada kita, oleh karena Kristus telah mati untuk kita, ketika kita masih berdosa. Lebih-lebih, karena kita sekarang telah dibenarkan oleh darah-Nya, kita pasti akan diselamatkan dari murka Tuhan" (Rom 5:8-9).

Jadi, bilakah Tuhan mengasihi anda?

Ya, ketika kita masih berdosa. Ketika kita belum mengenali Dia dan masih berdosa, Dia telah mengasihi kita. Betapa lebih lagi kini setelah kita telah dibasuh bersih oleh darah-Nya dan menjadi benar! Setelah menerima Kebenaran Yesus, kita benar selamanya. Bila kita jatuh dalam dosa, ia tidak menjadikan kita orang berdosa semula.

Apabila anda berbuat kesilapan hari ini, anda masih merupakan kebenaran Tuhan. Ini kerana kebenaran kita datang daripada Yesus. Sebagaimana kupu-kupu tidak boleh bertukar kembali kepada ulat bulu, demikian identiti kita sebagai orang benar. Mengetahui identiti benar kita dalam Dia akan memberikan kita kuasa untuk mengatasi setiap dosa, ketagihan dan semua tabiat buruk!



TUHAN MEMBERKATI! 

                                                                   

Comments

Popular posts from this blog

Renungan Harian 17 Mac 2019

Renungan Harian 1 Feb 2019

Renungan Harian 4 Feb 2019