Renungan Harian 22 Jan 2019
Sumber: Daily Devotional Joseph Prince
1 Yohanes 4:18 (ATBI)
"Di dalam kasih tidak ada ketakutan: kasih yang sempurna melenyapkan ketakutan; sebab ketakutan mengandung hukuman dan barangsiapa takut, ia tidak sempurna di dalam kasih."
"Kasih SEMPURNA"
Ketakutan adalah sebuah bentuk perhambaan yang menghancurkan. Ketakutan melumpuhkan anda dan menghalang anda daripada memenuhi takdir mengkagumkan yang Tuhan telah sediakan untuk anda. Ketakutan membuatkan anda rasa serba tak lengkap dan tidak selamat, dan ia datang dengan kesan sampingan yang tidak sihat, daripada serangan panik (panik apabila berada dalam keadaan tertentu) kepada masalah tidur. Ketakutan adalah TIDAK RASIONAL. Ketakutan adalah MASALAH ROHANI, dan kerana inilah anda tidak dapat mencari kerasionalan dalamnya. Anda tidak boleh sewenang-wenangnya memberitahu sesorang yang bergelut dengan ketakutan dan hidupnya dikuasai oleh serangan panik untuk menghentikan ketakutannya, kerana ia lebih mudah dikatakan daripada dilakukan. Masalah rohani hanya boleh dihapuskan melalui pertemuan peribadi dengan Yesus.
Saudara-saudari yang saya kasihi dalam Tuhan, sekiranya anda mengenali ketakutan yang saya sebutkan tadi, ketahuilah bahawa keinginan Tuhan adalah agar anda tidak hidup diseksanya. Tidak wujud ketakutan dalam kasih Tuhan. Kasih sempurna-Nya melenyapkan semua ketakutan.
Saya tidak mengetahui sekiranya anda pernah mengalami kasih Tuhan, tetapi harapan saya HARI INI anda akan menangkap pernyataan-Nya akan kasih-Nya untuk anda dalam cara yang dalam dan intim. Dan apabila kasih-Nya membanjiri hati anda, saya berdoa yang segala ketakutan yang anda pegang kuat selama ini dilenyapkan daripada hidup anda.
Yoh 3: 16 memberitahu kita bahawa "Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal."
Oh betapa jelas diisytiharkan oleh ayat Firman ini bahawa Tuhan SANGAT menyayangi anda. Andai saja anda tahu betapa Dia mengasihi dan sungguh menghargai Anak-Nya (Yesus), anda akan melihat sekilas pandang tentang betapa Dia mengasihi anda, kerana Dia telah mengorbankan anak-Nya untuk anda. Kerana inilah saya berkhutbah dan menulis tentang injil anugerah. Injil ini adalah tentang merungkaikan kasih sempurna Tuhan-- kasih yang panjang, lebar dan ketinggiannya itu didemonstrasikan pada kayu salib. Kasih yang sanggup mengorbankan Anak Tuhan. Kasih yang menanggung dosa-dosa anda dan saya, supaya kita boleh menerima kehidupan selamanya dan hidup tanpa sebarang belenggu.
Sahabatku, lebih banyak anda menikmati dan melabuhkan sauh hati anda kepada Firman Tuhan yang sempurna dan tidak bersyarat untuk anda, maka lebih lagi ketakutan akan hilang cengkamannya dalam hidup anda!

Tajuk muzik video: Magnificent/Mengkagumkan
Lagu: Darlene Zschech
TUHAN MEMBERKATI!
Comments
Post a Comment