Renungan Harian 30 Jan 2019




Sumber: Daily Devotional Joseph Prince


2 Tawarikh 20:3-4 (ATBI)

"Yosafat menjadi takut, lalu mengambil keputusan untuk mencari TUHAN. Ia menyerukan kepada seluruh Yehuda supaya berpuasa. Dan Yehuda berkumpul  untuk meminta pertolongan dari pada TUHAN. Mereka datang dari semua kota di Yehuda untuk mencari TUHAN." 



 "Mengatasi Ketakutan"

Pernahkah anda berada dalam situasi di mana keadaan anda seolah-olah tanpa harapan, anda berasa tak berdaya dan dikuasai oleh cabaran di sekeliling anda tanpa satupun jalan keluar ataupun tempat berehat untuk sementara? Mungkin di bawah beban semua yang datang menyerang anda sekaligus, anda berasa hidup anda terbabas lari daripada kawalan anda dan hancur berderai.

Seperti itulah yang Raja Yosafat alami apabila suku kecil Yehuda diserang oleh 3 tentera yang kuat dan suka menumpahkan darah yang dengan cepat mendekati Yerusalem (2 Taw 20). Dengan musuh yang nekad menghapuskan mereka dan penduduk Yerusalem, mereka menghadapi situasi mendukakan dan kelihatannya mereka diikat takdir yang tragik.

Yosafat setelah mengetahui hal serangan tersebut, reaksi pertamanya ialah ketakutan Saya tidak tahu reaksi anda, tetapi ini memberikan saya harapan! Saya bersyukur Firman Tuhan melakarkan portret yang sejati tentang peribadi Yosafat. Dia bukanlah pahlawan raja yang tak kenal ketakutan dan memiliki keberanian berapi-api, sentiasa sedia menjatuhkan musuhnya. Dia cumalah lelaki biasa. Dia bertindak sama seperti kita-- dia menjadi panik.

Tetapi apa yang membezakannya dengan kita ialah apabila dia takut, dia terlebih dahulu "dia mencari Tuhan" (2 Taw 20:3). Apabila takut, kita harus mempelajari tindakannya itu. Tidak pergi lebih jauh dalam jurang kekalahan diri, ketahuilah bahawa apabila anda rasa ditenggelamkan situasi anda, itulah masanya anda mencari Tuhan. Sesungguhnya itu bukan masa anda lari daripada hadirat Tuhan atau tawar hati, marah, kecewa dan geram dengan Dia. Hey, Tuhan bukanlah penulis kesusahan anda. Dia penulis dan pelengkap iman, kemenangan dan kejayaan anda. Yosafat menunjukkan kepada kita yang tidak apa untuk berasa takut sekali-sekala. Tuhan tidak mengutuk apabila anda takut. Tetapi apabila anda menerima laporan kesihatan atau berita buruk berkaitan keluarga dan bisnes anda, datanglah ke hadirat Tuhan. Yesuslah jawapan anda! Kasih sempurna-Nya akan menghapuskan semua ketakutan anda!

TUHAN MEMBERKATI! 

                                                                   

Comments

Popular posts from this blog

Renungan Harian 17 Mac 2019

Renungan Harian 1 Feb 2019

Renungan Harian 4 Feb 2019