Renungan Harian 31 Jan 2019




Sumber: Daily Devotional Joseph Prince


Mazmur 97:5 (ATBI)

"Gunung-gunung luluh seperti lilin  di hadapan TUHAN, di hadapan Tuhan seluruh bumi." 



 "Ketakutan dan Kebimbangan Anda terhapus dalam Hadirat Tuhan"

Tidak kira di mana jua anda berada, Tuhan sentiasa menyertai anda. Dalam ketakutan, apabila anda keseorangan dalam bilik, Dia bersama anda. Di saat anda menyedari dan mengakui penyertaan-Nya, ketakutan dan kebimbangan anda akan cair seperti mentega di bawah mahatahari, atau seperti yang pemazmur Daud katakan, "gunung-gunung luluh  seperti lilin  di hadapan TUHAN, di hadapan Tuhan seluruh bumi."

Anda tidak dapat memberitahu diri anda "berhenti berasa bimbang. Tidak ada apa-apa utuk dibimbangkan" untuk bebas daripadanya. Itu tidak akan berhasil. Hutang anda masih menanti pembayaran dan masalah anda masih akan kekal di situ seberapa banyak kali anda memberitahu diri sendiri semuanya akan baik-baik saja.

Bukan itu yang Yesus ingin anda lakukan, dalam penafian realiti. Tidak! Dia mengatakan, "di tengah permasalahanmu, Akulah perisaimu. Akulah pelindungmu, kota bentengmu. Akulah tempat perlindungan. Akulah pembekalmu. Akulah kesembuhan. Akulah sumber kecukupan. Akulah damaimu. Akulah  sukcaitamu. Akulah kebijaksanaanmu. Akulah kekuatanmu. Akulah kemuliaan dan penopang kepalamu!" (Mazmur 3:3). Amen! Dia tidak meminta anda berpura-pura dan menafikan apa yang terjadi. Dia ingin anda menyedari DIA MENYERTAI ANDA!

Apabila anda mengetahui Dia bersama anda, dan anda meletakkan masalah-masalah anda dalam tangan berkuasa-Nya, anda akan mula melihat penilaian tepat berapa "besar" masalah anda. Di tangan anda, masalah itu menghancurkan anda. Tetapi bila anda melibatkan Yesus, masalah sebesar gunung menjadi mikroskopik, sangat kecil, berbanding kebesaran kasih dan kebaikan-Nya terhadap anda!

Hari ini, apabila ada memikirkan pekerjaan anda hari ini dan jangkaan yang diletakkan ke atas anda, lihat Yesus di situ bersama anda. Dialah sumber, kebijaksanaan, damai dan kekuatan.

TUHAN MEMBERKATI! 

                                                                   

Comments

Popular posts from this blog

Renungan Harian 17 Mac 2019

Renungan Harian 1 Feb 2019

Renungan Harian 4 Feb 2019