Renungan Harian 2 Feb 2019




Sumber: Daily Devotional Joseph Prince


Mazmur 92:13-15 (ATBI)

"Mereka yang ditanam di bait TUHAN akan bertunas di pelataran Allah kita. Pada masa tua pun mereka masih berbuah, menjadi gemuk dan segar, untuk memberitakan, bahwa TUHAN itu benar, bahwa Ia gunung batuku dan tidak ada kecurangan pada-Nya." 



 "Menemukan Pemulihan dalam Gereja"

Saya menerima kesaksian ini daripada pasangan yang menghadiri Gereja Revolusi Anugerah (Grace Revolution Church) kita di Dallas, Texas. Ia adalah sebuah contoh yang indah tentang bagaimana untuk berjalan dalam perlindungan-Nya ketika kita tertanam dalam bait Tuhan. Pasangan ini mengongsikan cabaran hebat yang dihadapi, dan bagaimana kepimpinan gereja membantu mereka melalui masa sukar itu.

"Kami mengambil beberapa waktu sehingga kami menyedari kami perlu fokus kepada Tuhan,  bukan diri kami dan masalah kami. Penyelesaian yang mutlak adalah daripada fokus secara menegak kepada Tuhan (di atas), dan bukannya melintang sesama kami (sama-sama di bawah). Kami isytiharkan "saya adalah kebenaran Tuhan dalam Yesus Kristus," yang memberikan kami kesedaran akan dalamnya kasih dan keinginan-Nya memberkati kita. Mengetahui bahawa kami adalah kebenaran Tuhan melalui Kristuslah yang menyembuhkan perkahwinan kami yang sebelumnya hancur"

"Untuk dapat berehat dalam semua yang Yesus telah lakukan, dan untuk dapat mendengar dan merenungkan Firman-Nya, itu perkara terbaik untuk kami. Sesungguhnya Dialah pokok dan kitalah cabangnya. Kini kami telah tahu bahawa dalam setiap situasi dan keadaan, Kristus akan membekalkan semua keperluan kita. Dialah pokok yang akan memastikan kita berkecukupan dan kita berada di mana kita perlu berada."

"Mengetahui bahawa "kalau ia hal saya, maka ia juga hal Tuhan" merupakan kepingan terakhir kepada teka-teki kami. Kami belajar bahawa tidak ada yang terlalu kecil atau tidak penting kepada Tuhan ataupun terlalu besar untuk Dia selesaikan bagi kami."

Dapatkah anda merasai sukacita mereka mengetahui tiada yang mustahil bagi Tuhan? Baca ayat Firman hari ini daripada Mazmur 92. Berbuah pada umur tua berbicara tentang penjagaan, perlindungan, dan umur panjang. Tuhan menginginkan kita hidup panjang dan memiliki hidup yang berkualiti dan masih sihat, kuat dan berbuah dalam umur lanjut kita. Dan cara untuk memiliki semua itu dalah untuk tertanam dalam bait Tuhan. Yang dikasihi Tuhan, sekiranya anda tidak menghadiri gereja tempatan secara tetap, carilah satu untuk anda. Apabila anda berbuat demikian, pastinya kerjaya, perkahwinan dan keluarga anda berhasil dalam semua hal!


TUHAN MEMBERKATI! 

                                                                   

Comments

Popular posts from this blog

Renungan Harian 17 Mac 2019

Renungan Harian 1 Feb 2019

Renungan Harian 4 Feb 2019