Posts

Renungan Harian 17 Mac 2019

Image
Sumber:  Daily Devotional Joseph Prince 1 Petrus 5:8 (ATBI) "Sadarlah dan berjaga-jagalah! Lawanmu, si Iblis, berjalan keliling sama seperti singa yang mengaum-aum dan mencari orang yang dapat ditelannya."   "Singa yang Mengaum" Daripada petikan Alkitab di atas, iblis rupanya tidak mampu membaham semua orang. Janganlah anda memberikan autoriti anda kepada iblis dan menjadi makanannya!Adakah anda turut menyedari bahawa seperti yang dikatakan petikan itu, iblis berkeliaran seperti "singa yang mengaum". Saya bertanya kepada Tuhan mengapa iblis mengambil bentuk seperti singa dan bukan haiwan lain. Tuhan membawa saya kepada Amsal 19:12 (kemarahan raja adalah seperti ngauman singa, boldface mine ). Iblis ialah penyamar yang cuba menyamar seperti Raja segala Raja, Tuhan Yesus kita, singa sebenar Yehuda. Iblis ingin menipu kita untuk percaya bahawa Raja kita penuh kemurkaan dan kemarahan terhadap kita. Dia men...

Renungan Harian 5 Feb 2019

Image
Sumber:  Daily Devotional Joseph Prince Kisah Para Rasul 4:33 (ATBI) " Dan dengan kuasa yang besar rasul-rasul memberi kesaksian tentang kebangkitan Tuhan Yesus dan mereka semua hidup dalam kasih karunia yang melimpah-limpah."     "Anugerah yang Berlimpah, Kuasa yang Besar" Jemaah gereja tercari-cari kuasa yang besar dan hebat, tetapi di manakah ia ditemukan? Kisah Para Rasul mengisytiharkan bahawa di mana ada anugerah yang berkelimpahan, di situ ada kuasa yang besar. Apabila Paulus mengkhutbahkan pengampunan, mukjizat kesembuhan berlaku apabila jemaah mendengarkannya. Apabila orang mendengar berita baik bahawa setiap dosa mereka telah diampuni kerana salib Yesus, sesuatu yang luar biasa berlaku. Beberapa tahun lalu, seorang pastor daripada Bergen, Norway mengongsikan kesaksian tentang salah seorang jemaahnya yang mempunyai tabiat menonton pornografi di bilik hotelnya semasa lawatan bisnesnya. Dia berusah...

Renungan Harian 4 Feb 2019

Image
Sumber:  Daily Devotional Joseph Prince Lukas 23:34 (ATBI) "Yesus berkata: :" Ya Bapa, ampunilah mereka, sebab mereka tidak tahu apa yang mereka perbuat... "     "Yesus, Kota Perlindungan Anda" Ada ajaran tentang kota-kota perlindungan daripada Perjanjian Lama yang saya pasti akan membuatkan anda ingin menjadikan Tuhan sebagai tempat perlindungan dan pelindung dan lari kepada-Nya. Tuhan memberitahu Yosua bahawa apabila anak-anak Israel memasuki Kanaan, 6 kota perlindungan harus didirikan. Dahulu, sekiranya seseorang secara tidak sengaja membunuh orang lain, saudara terdekat mangsa boleh membalas dendam. Tetapi, oleh belas kasihan-Nya, Tuhan menetapkan 6 kota perlindungan dan berkata, "Supaya siapa yang membunuh seseorang dengan tidak sengaja, dengan tidak ada niat lebih dahulu, dapat melarikan diri ke sana, sehingga kota-kota itu menjadi tempat perlindungan bagimu terhadap penuntut tebusan darah (Yosua 2...

Renungan Harian 3 Feb 2019

Image
Sumber:  Daily Devotional Joseph Prince Kejadian 32:24-29 (ATBI) "Lalu tinggallah Yakub seorang diri. Dan seorang laki-laki (Tuhan) bergulat dengan dia sampai fajar pagi menyingsing . Ketika orang (Tuhan ) melihat, bahawa ia tidak dapat mengalahkannya, ia memukul sendi pangkal paha Yakub, sehingga sendi pangkal paha itu terpelecok, ketika ia bergulat dengan orang itu.. "Namamu tidak akan disebutkan lagi Yakub, tetapi Israel"... Lalu diberkatinyalah Yakub di situ."     "Anugerah Mengalir Apabila Anda Berhenti Bergelut" Kebanyakkan orang akan berputus asa dengan Yakub, penipu dan pemanipulasi yang licik. Tetapi, Tuhan tidak akan berputus asa dengannya! Pada suatu malam, ketika berusaha untuk memujuk hati abangnya yang telah ditipunya, Yakub bertemu dengan Tuhan. Dia berpaut kepada Tuhan dan selama berjam-jam, berusaha untuk mendapatkan berkat daripada-Nya secara paksaan. Apakah yang Tuhan lakukan? Dia meny...

Renungan Harian 2 Feb 2019

Image
Sumber:  Daily Devotional Joseph Prince Mazmur 92:13-15 (ATBI) "M ereka yang ditanam di bait TUHAN akan bertunas di pelataran Allah kita. Pada masa tua pun mereka masih berbuah, menjadi gemuk dan segar, untuk memberitakan, bahwa TUHAN itu benar, bahwa Ia gunung batuku dan tidak ada kecurangan pada-Nya."     "Menemukan Pemulihan dalam Gereja" Saya menerima kesaksian ini daripada pasangan yang menghadiri Gereja Revolusi Anugerah (Grace Revolution Church) kita di Dallas, Texas. Ia adalah sebuah contoh yang indah tentang bagaimana untuk berjalan dalam perlindungan-Nya ketika kita tertanam dalam bait Tuhan. Pasangan ini mengongsikan cabaran hebat yang dihadapi, dan bagaimana kepimpinan gereja membantu mereka melalui masa sukar itu. " Kami mengambil beberapa waktu sehingga kami menyedari kami perlu fokus kepada Tuhan,  bukan diri kami dan masalah kami. Penyelesaian yang mutlak adalah daripada fokus secara menegak kep...

Renungan Harian 1 Feb 2019

Image
Sumber:  Daily Devotional Joseph Prince Ester 2:15 (ATBI) " Ketika Ester--anak Abihail, yakni saudara ayah Mordekhai yang mengangkat Ester sebagai anak--mendapat giliran untuk masuk menghadap raja, maka ia tidak menghendaki sesuatu apapun selain dari pada yang dianjurkan oleh Hegai, sida-sida raja, penjaga para perempuan. Maka Ester dapat menimbulkan kasih sayang  pada semua orang yang melihat dia."     "Bagaimana Ester Memperolehi Perkenaan" Apabila anda mengetahui anda amat diberkati, amat berkenaan dan dikasihi dengan dalam, anda tidak perlu bergantung kepada usaha diri sendiri. Lihat cerita Ester, contohnya. Ketika Raja Ahasyweros mencari ratu baru, kesemua wanita tercantik di negaranya dibawa masuk ke istana. Mereka diberi peluang untuk mendandan diri dengan apa saja sebelum dibawa menghadap raja. Tetapi apabila giliran Esther sampai, dia "tidak menghendaki sesuatu apapun selain dari pada yang dianjurkan oleh He...

Renungan Harian 31 Jan 2019

Image
Sumber:  Daily Devotional Joseph Prince Mazmur 97:5 (ATBI) " Gunung-gunung luluh seperti lilin  di hadapan TUHAN, di hadapan Tuhan seluruh bumi."     "Ketakutan dan Kebimbangan Anda terhapus dalam Hadirat Tuhan" Tidak kira di mana jua anda berada, Tuhan sentiasa menyertai anda. Dalam ketakutan, apabila anda keseorangan dalam bilik, Dia bersama anda. Di saat anda menyedari dan mengakui penyertaan-Nya, ketakutan dan kebimbangan anda akan cair seperti mentega di bawah mahatahari, atau seperti yang pemazmur Daud katakan, "gunung-gunung luluh  seperti lilin  di hadapan TUHAN, di hadapan Tuhan seluruh bumi." Anda tidak dapat memberitahu diri anda "berhenti berasa bimbang. Tidak ada apa-apa utuk dibimbangkan" untuk bebas daripadanya. Itu tidak akan berhasil. Hutang anda masih menanti pembayaran dan masalah anda masih akan kekal di situ seberapa banyak kali anda memberitahu diri sendiri semuanya akan baik-ba...