Posts

Showing posts from January, 2019

Renungan Harian 1 Feb 2019

Image
Sumber:  Daily Devotional Joseph Prince Ester 2:15 (ATBI) " Ketika Ester--anak Abihail, yakni saudara ayah Mordekhai yang mengangkat Ester sebagai anak--mendapat giliran untuk masuk menghadap raja, maka ia tidak menghendaki sesuatu apapun selain dari pada yang dianjurkan oleh Hegai, sida-sida raja, penjaga para perempuan. Maka Ester dapat menimbulkan kasih sayang  pada semua orang yang melihat dia."     "Bagaimana Ester Memperolehi Perkenaan" Apabila anda mengetahui anda amat diberkati, amat berkenaan dan dikasihi dengan dalam, anda tidak perlu bergantung kepada usaha diri sendiri. Lihat cerita Ester, contohnya. Ketika Raja Ahasyweros mencari ratu baru, kesemua wanita tercantik di negaranya dibawa masuk ke istana. Mereka diberi peluang untuk mendandan diri dengan apa saja sebelum dibawa menghadap raja. Tetapi apabila giliran Esther sampai, dia "tidak menghendaki sesuatu apapun selain dari pada yang dianjurkan oleh He...

Renungan Harian 31 Jan 2019

Image
Sumber:  Daily Devotional Joseph Prince Mazmur 97:5 (ATBI) " Gunung-gunung luluh seperti lilin  di hadapan TUHAN, di hadapan Tuhan seluruh bumi."     "Ketakutan dan Kebimbangan Anda terhapus dalam Hadirat Tuhan" Tidak kira di mana jua anda berada, Tuhan sentiasa menyertai anda. Dalam ketakutan, apabila anda keseorangan dalam bilik, Dia bersama anda. Di saat anda menyedari dan mengakui penyertaan-Nya, ketakutan dan kebimbangan anda akan cair seperti mentega di bawah mahatahari, atau seperti yang pemazmur Daud katakan, "gunung-gunung luluh  seperti lilin  di hadapan TUHAN, di hadapan Tuhan seluruh bumi." Anda tidak dapat memberitahu diri anda "berhenti berasa bimbang. Tidak ada apa-apa utuk dibimbangkan" untuk bebas daripadanya. Itu tidak akan berhasil. Hutang anda masih menanti pembayaran dan masalah anda masih akan kekal di situ seberapa banyak kali anda memberitahu diri sendiri semuanya akan baik-ba...

Renungan Harian 30 Jan 2019

Image
Sumber:  Daily Devotional Joseph Prince 2 Tawarikh 20:3-4 (ATBI) " Yosafat menjadi takut, lalu mengambil keputusan untuk mencari TUHAN. Ia menyerukan kepada seluruh Yehuda supaya berpuasa. Dan Yehuda berkumpul  untuk meminta pertolongan dari pada TUHAN. Mereka datang dari semua kota di Yehuda untuk mencari TUHAN."     "Mengatasi Ketakutan" Pernahkah anda berada dalam situasi di mana keadaan anda seolah-olah tanpa harapan, anda berasa tak berdaya dan dikuasai oleh cabaran di sekeliling anda tanpa satupun jalan keluar ataupun tempat berehat untuk sementara? Mungkin di bawah beban semua yang datang menyerang anda sekaligus, anda berasa hidup anda terbabas lari daripada kawalan anda dan hancur berderai. Seperti itulah yang Raja Yosafat alami apabila suku kecil Yehuda diserang oleh 3 tentera yang kuat dan suka menumpahkan darah yang dengan cepat mendekati Yerusalem (2 Taw 20). Dengan musuh yang nekad menghapuskan mereka dan p...

Renungan Harian 29 Jan 2019

Image
Sumber:  Daily Devotional Joseph Prince Roma 5:8-9 (ATBI) " Akan tetapi Allah menunjukkan kasih-Nya kepada kita, oleh karena Kristus telah mati untuk kita, ketika kita masih berdosa. Lebih-lebih, karena kita sekarang telah dibenarkan oleh darah-Nya, kita pasti akan diselamatkan dari murka Allah."     "Tuhan Mengasihi Anda dengan Sempurna" Tuhan ialah Tuhan Pengampunan. Dia mengetahui kita dengan sempurna dan masih mengasihi kita dengan sempurna. Kita adalah hamba kepada idea bahawa seseorang akan berhenti mengasihi kita jika dia mendapat tahu akan cela kita. Ini mungkin benar dalam perhubungan manusiawi, tetapi Tuhan tidak seperti itu. Tuhan melihat semua ketidaksempurnaan kita, kegagalan dan cela-cela pada Yesus di atas kayu salib. Dosa dan kehodohan kita tidak memalingkan pandangan-Nya daripada kita. Sebaliknya, keadaan seperti inilah peluang untuk-Nya menunjukkan anugerah dan pengampunan-Nya melalui darah Anak-Nya, yang...

Renungan Harian 28 Jan 2019

Image
Sumber:  Daily Devotional Joseph Prince Roma 8:31 (ATBI) " Sebab itu apakah yang akan kita katakan tentang semuanya itu? Jika Allah di pihak kita, siapakah yang akan melawan kita?"     "Duduk di atas Semua Musuh" Sahabatku, hari ini adakah anda percaya bahawa Tuhan adalah untuk anda dan bukan menentang anda? Berkat terhebat yang boleh dimiliki ialah damai dengan Tuhan  melalui Yesus Kristus (Lihat Rom. 5:1). Untuk mengetahui (tanpa bayang-bayang keraguan) bahawa dosa-dosa anda telah diampuni adalah pemberian terbesar yang disiapkan untuk anda di Bukit Kalvari. Yesus memikul setiap dosa anda di atas kayu salib. Dia menyerap seiap penghakiman dan keberangan berapi Tuhan terhadap semua dosa, yang lalu, kini dan masa depan, supaya anda boleh sepenuhnya diampuni dan memperolehi damai berkekalan dengan-Nya. Oleh itu, hari ini tidak ada lagi sebarang dosa, malu dan kutukan! Dan jika Tuhan yang berada di pihak anda, siapa yang boleh m...

Renungan Harian 27 Jan 2018

Image
Sumber:  Daily Devotional Joseph Prince Mazmur 91:4 (NKJV) "His truth shall be your shield and buckler" terjemahan BM: Kebenaran-Nya akan menjadi "shield" (perisai) dan "buckler" mu (perisai bulat kecil).    "Dilindungi daripada Setiap Senjata Musuh" Mazmur 91:4 bermula dengan "Dia akan melingkupi anda  dengan bulu-Nya, dan di bawah kepak-Nya kamu akan mendapatkan perlindungan" dan berakhir dengan proklamasi ini "kebenaran-Nya akan menjadi perisai dan perisai bulat kecilmu". Apakah beza kedua-dua perisai ini? Perisai bulat kecil berbentuk kecil dan bulat, digunakan untuk pertarungan jarak dekat. Perisai bersaiz lebih besar boleh dibenamkan ke dalam tanah, melindungi daripada serangan lembing, anak panah, ataupun batu yang dihumban ke arah anda dalam serangan yang lebih besar. Jadi, sama ada anda menghadapi serangan yang besar ataupun kecil, kebenaran-Nya-- Perisai dan perisai bulat kec...

Renungan Harian 22 Jan 2019

Image
Sumber:  Daily Devotional Joseph Prince 1 Yohanes 4:18 (ATBI) "Di dalam kasih tidak ada ketakutan: kasih yang sempurna melenyapkan ketakutan;  sebab ketakutan mengandung hukuman dan barangsiapa takut, ia tidak sempurna di dalam kasih."   "Kasih SEMPURNA" Ketakutan adalah sebuah bentuk perhambaan yang menghancurkan. Ketakutan melumpuhkan anda dan menghalang anda daripada memenuhi takdir mengkagumkan yang Tuhan telah sediakan untuk anda. Ketakutan membuatkan anda rasa serba tak lengkap dan tidak selamat, dan ia datang dengan kesan sampingan yang tidak sihat, daripada serangan panik  (panik apabila berada dalam keadaan tertentu) kepada masalah tidur. Ketakutan adalah TIDAK RASIONAL. Ketakutan adalah MASALAH ROHANI, dan kerana inilah anda tidak dapat mencari kerasionalan dalamnya. Anda tidak boleh sewenang-wenangnya memberitahu sesorang yang bergelut dengan ketakutan dan hidupnya dikuasai oleh  serangan panik untuk menghent...

Renungan Harian 21 Jan 2019

Image
Sumber:  Daily Devotional Joseph Prince Mazmur 23:4 (ATBI) "Sekalipun aku berjalan dalam lembah kekelaman, aku tidak takut bahaya, sebab Engkau besertaku, gada-Mu dan tongkat-Mu, itulah yang menghibur aku."   "Penyelamatan di Lembah Kekelaman" Sejuk. Sunyi. Menakutkan. Sangat teruk. Di lembah kekelaman, kita berperang dengan rasa putus asa dan ketakutan diabaikan.  Tetapi lihat bagaimana Yesus, gembala kita yang baik, memerhatikan dan membebaskan kita walaupun kita terus berjalan-- bukan dengan pimpinan-Nya -- kedalam lembah kekelaman. Di lembah itu, Dia masih bersama kita hingga hari ini, Dia tidak memaksudkan "Aku (Tuhan) telah memberitahu akan hal ini dahulu " dan pergi. Dia tidak berdiri di situ , dengan tangan terlipat pada dadanya, untuk melihat bagaimana kita akan berusaha membebaskan diri daripada kesusahan kita. Tidak, Dia bersama-sama kita, Dia akan melindungi dan membebaskan kita daripada musuh kita deng...

Renungan Harian 18 Jan 2019

Image
Sumber:  Daily Devotional Joseph Prince Lukas 24:32 (ATBI) "Kata mereka seorang kepada yang lain: "Bukankah hati kita berkobar-kobar, ketika Ia berbicara dengan kita di tengah jalan dan ketika Ia menerangkan Kitab Suci kepada kita?"   "Nyalakan Hatimu" Apabila Alkitab dibukakan kepada anda dan hal-hal berkaitan Yesus dirungkaikan, hati anda akan berkobar-kobar dan manyala dalam anda seperti yang berlaku dalam dua murid yang berada di jalan menuju ke Emmaus. Jangan lupa apa yang dilakukan Yesus apabila Dia mendengarkan kepercayaan salah dan perbincangan mereka tentang kekalahan: "Lalu Ia menjelaskan kepada mereka apa yang tertulis tentang Dia  dalam seluruh Kitab Suci, mulai dari kitab-kitab Musa  dan segala kitab nabi-nabi" (Lukas 24:27 ATBI). Dalam kata lain, permulaan lima buku Musa (Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan, dan Ulangan, kelima-lima membentuk Taurat), Yesus menjelaskannya dengan terperinci semu...

Renungan Harian 17 Jan 2019

Image
Sumber:  Daily Devotional Joseph Prince Ibrani 12:2 (ATBI) "Marilah kita melakukannya dengan mata yang tertuju kepada Yesus, yang memimpin  kita dalam iman, dan yang membawa iman kita itu kepada kesempurnaan, yang dengan mengabaikan kehinaan tekun memikul salib ganti sukacita yang disediakan bagi Dia, yang sekarang duduk di sebelah kanan takhta Allah"   "Kunci Kepada Iman" Sebagai manusia, bukan saja kita memiliki kecenderungan buruk untuk selalu meletakkan fokus kita kepada setiap cela baik dalam keperibadian fizikal mahupun mental kita, tetapi kita juga cenderung untuk mengambil tahu, mengingati, dan membiarkan dosa-dosa, kegagalan-kegagalan, dan kesilapan-kesilapan yang kita telah lakukan untuk bermain-main dalam minda kita. Kita mengutuki diri kita walau hanya kerana cela-cela diri yang terkecil sedangkan kita sepatutnya meletakkan fokus kita kepada bagaimana Tuhan sesungguhnya melihat kita --sempurna dalam Kristus. Kera...

Renungan Harian 16 Jan 2019

Image
Sumber:  Daily Devotional Joseph Prince Kejadian 45:10-11 (ATBI) " Engkau akan tinggal di tanah Gosyen dan akan dekat kepadaku, engkau serta anak dan cucumu, kambing domba dan lembu sapimu dan segala milikmu. Di sanalah aku memelihara engkau--sebab kelaparan ini masih ada lima tahun lagi--supaya engkau jangan jatuh miskin bersama seisi rumahmu dan semua orang yang ikut serta dengan engkau. "   Menginginkan Keintiman Rohani "Tempat rahsia" berbicara tentang sebuah tempat dalam Kristus, tetapi ia juga berbicara tentang keintiman. Untuk berada "di bawah bayang-bayang yang Maha Berkuasa" adalah bermaksud untuk menjadi dekat dengan-Nya. Ada suatu ketika saya pergi melawat ke Israel bersama pastor-pastor saya dan bahang matahari adalah sangat panas terik. Apabila kami berada di luar, sama ada di Gunung Beautitudes ataupun di Kapernaum, kami selalu  berharap dapat berteduh di bawah bayang-bayang pokok. Perbezaan dalam suhu a...

Renungan Harian 15/01/2019

Image
Sumber: Daily Devotional Joseph Prince Ibrani 8:12 (ATBI) " Se bab Aku akan menaruh belas kasihan terhadap kesalahan mereka dan tidak lagi mengingat dosa-dosa mereka. "   Tuhan TIDAK LAGI mengingati dosa-dosa anda! Sahabatku, mampukah anda percaya pada hari ini bahawa Tuhan tidak lagi mengingati dosa-dosa anda? Ini adalah kebenaran yang pemikiran terbatas manusiawi kita bergelut ataupun sukar untuk memahami.  Bagaimana mungkin Tuhan yang maha berkuasa, maha mengetahui, dan maha hadir tidak mengingati dosa-dosa kita? Seharusnya, Tuhan yang sesungguhnya berkuasa, arif akan segala sesuatu dan boleh hadir di mana-mana sahaja mampu mengingati setiap butir-butir dosa yang telah kita lakukan. Tetapi, bukan itu yang dikatakan Alkitab. Tuhan mengisytiharkan,"sebab Aku akan menaruh belas kasihan terhadap kesalahan mereka dan tidak lagi mengingat dosa-dosa mereka." Saya percaya ramai anak-anak Tuhan yang takut untuk mendekat kepada-Nya hari in...

Tanak Vagu Rungus Privacy Policy

Privacy Policy for Joseph Prince Renungan Harian Application Developed by Tanak Vagu Rungus Privacy Policy of Joseph Prince Renungan Harian Privacy Policy Effective date: January 09, 2019 Joseph Prince Renungan Harian ("us", "we", or "our") operates the Joseph Prince Renungan Harian mobile application (hereinafter referred to as the "Service"). This page informs you of our policies regarding the collection, use, and disclosure of personal data when you use our Service and the choices you have associated with that data. Our Privacy Policy for Joseph Prince Renungan Harian is based on the  Privacy Policy Template from Privacy Policies . We use your data to provide and improve the Service. By using the Service, you agree to the collection and use of information in accordance with this policy. Unless otherwise defined in this Privacy Policy, the terms used in this Privacy Policy have the same meanings as in our Terms and Conditions. ...